Saturday, April 18, 2009

DPLI 18 April 2009

Tahniah untuk semua yg berjaya menduduki exam MEdsi Dpli hari ini. Soalan sepertinya sama seperti tahun2 sudah.
  • Saya sanggup tidur lewat untuk menyiap kan kerja--Ya atau Tidak-
  • Saya tidak marah walaupun menunggu lama

Sy merasakan soalan2 ini mmg sama dengan soalan tahun lepas. Ada siapa2 lagi yg perasan tak?? Ini ada lah antara soalan2 yg masih sy ingat. 300 item ni..susah lah kalu mo ingat semua.
Bahagian 2, bahagian minat.Pilihan jawapan - ya atau tidak. Cth soalan -
  • suka menghadiri kelas perdagangan
  • suka melukis
  • suka menggunakan alat uji makmal
  • suka mengira
  • suka menyimpan rekot dan resit
  • suka menghadiri majlis keraian keduri jiran
  • suka menghasilkan karya kreatif
  • Suka menaip
  • Suka bertemu orang2 penting
  • suka menjual insuran

Bahagian 3

  • Suka berkebun
  • Suka menghias dalaman
  • Suka melukis
  • suka menggunakan kalkulator

Bahagian 4 - Bahagian ini mempunyai jawapan aneka pilihan. Terdapat 4 pilihan iaitu:

  1. Sangat tidak tepat
  2. tidak tepat
  3. tepat
  4. sangat tepat

soalan2nya:

  • Saya mempunyai masalah lebih banyak dari orang lain
  • saya boleh mengatasi kesedihan saya
  • saya bole membaca perasaan orang lain
  • jika saya sedih mesti ada kawan2 yang datang menemani saya
  • saya tahu bila saya sedih
  • saya pernah bercinta
  • saya menunjukkan kasih sayang saya kepada rakan karib saya
  • saya boleh mengawal kemarahan saya

Bahagian 5 - sama dengan bahagian 4, mempunyai 4 pilihan jawapan:

  1. Sangat tidak setuju
  2. tidak setuju
  3. setuju
  4. amat bersetuju

Soalan2nya:

  • guru tidak harus bercinta dengan pelajar
  • guru tidak boleh merokok di sekolah
  • guru boleh memaikai jeans mengajar
  • guru boleh memakai baju tidak berkolar untuk mengajar
  • murid lemah boleh membersihkan kantin sementara yg pandai belajar
  • kelas tambahan boleh diadakan untuk mengambil hati pengetua
  • tuysen boleh diadakan untuk pelajar lemah

Ini antara soalan yg sy ingat. Tadi dah banyak sikit tiba2 terpadam lah pula..ceiii...selamat menanti keputusan berjaya atau tidak eak!!



No comments: