Wednesday, July 28, 2010

Rambut sama hitam.. hati lain2.

Yahhhh ..sy percaya sungguh kata2 ini. Al-kesahnya..sy baru balik dari menyertai 1 kursus anjuraan kerajaan. 3H2M kat satu resort yg dulunya indah ..kini tidak seindah yg sy bayangkan. Teringat zaman dulu2, masa kanak2..sy pernah berkunjung beberapa kali ke sini..skrg tempat tu uda jadi tak indah..dengan pintu masuk..seram tak terurus...reception yg lesu,bilik penginapan..sy masi terima. Dalam erti kata lain..masih selesa. Cuma pemandangan sekeliling..astaga...buruk!! dengan pantai yg tidak diurus. Lembu berkeliaran. Resort ini umpama resort lembu. Ini bukan Mimpian jadi tapi Impian Tak Jadi.

Tapi bukan itu ceritanya...kursus ni diadakan 2 serentak. satu jahitan manik dan satu lagi solekan.

Sy p sebagai peserta kursus jahitan manik. Yg baik pasal kursus ini ( Selain dapat belajar jahit manik~) :
1. Free..tak payah bayar.
2. Sy dapat chalet yg x pyh kongsi ngan org lain.sepatutnya 1 chalet kena tinggal 4 org. Dengan katil double 2 buah, sempit tue...pasal apa sy dpt free?? pasal sy g ngan kawan2 yg x mo tinggal bermalam,alasan ada anak kecik kat umah. Kitorang register je dlm 1 bilik..last2 sy kena tinggal sorang2. Seronok!! cuma tak leh tido..pasal tv tak ada siaran yg best~

YG TAK BEST:
1. Pengurusan tak teratur = peserta datang je .. xda taklimat apa2. Ada lah dalam 2 jam kitorang longok2 kat depan lobi, tunggu sapa2 yg datang mengurus. Tanya kat reception..semua x tau.

2.Tiba2 datang si pengurus, sorang lelaki pertengahn umur..menyapa dan memberi arahan HANYA KEPADA MEREKA YG BELIAU KENAL YAKNI ORG KG-NYA.
3. Pertama kalinya, sy mengikut arahan melalui body language peserta lain sahaja, apa yg lain buat..ikut saja, pasal si pengurus x menyebarkan arahanya, hanya berkomunikasi dengan "ahli2 kroninya" sahaja.

3. Masuk bilik untuk taklimat pembukaan...SO RUDE...sambil2 berckp kat depan...mengangkat HP dengan mic di tangan, .. dia tak sedar..perbualan telifon ny sedang di-dengari oleh seluruh manusia dlm bilik tersebut... sambil tersengih2 kerang busuk berckp--aku angkat telipun ahhhh--- so un-profesional~~~

4.Beralih kepada ketua fasilitator program. Seorang haji--fuhhh ckp2nya berapi2..semangat ni mendengar~~dengan kata2 pembukaan 1Malaysia~~ dia berkata--aku mengajar ini bukan utk duit, tapi mencurah ilmu utk golongan seperti kamu--

5.Sampai giliran kursus solekan..alamak..nyah gitu..hahaha --no komen--ok ja ko nyah~~

6.Pelajaran 1 bermula..ada 2 fasi. fasi tua n fasi muda...alamak..si fasi muda tue..dingin nya muka ..mcm x mo ja mengajar..selama 7 sesi, fasi2 tue cuma singgah di meja kami sekumpulan hanya 3-8 minit ja..adalah dlm 6X.kira2 sekali setiap sesi. 1 sesi adalah bersamaan dengan 2 jam. ada 7 kumpulan, jumlah peserta adalah 36 orang. Pendek kata, fasi2 tue jarang singgah meja kitorang. itu yg sikit terkilan tue~~

7. Fasi muda lebih suka duk ngan kump tengah. entah kenapa..siap berkampung kat situ..segala2 kat situ. Seperti yg diduga..peserta terbaik dipilih dari kalangan ahli kumpulan tengah..

8. Kurang komunikasi antara fasi dan peserta, antara peserta dan peserta. Peserta yg terdiri dari golongan tukang jahit..alamak..sombong siuttt...tak mo mengajar...nahh...penuh lah kuburmu ngan manik nanti mak cik~~ bilang org..harta dunia bagi2..NAH--

9. Ada pulak peserta yg bawak cucu, famili menginap kat chalet..mentang2 free..suka2 beliau mengangkut segala penghuni rumah..amboiii~

10. Majlis penutupan..biasa ja..disebabkan peserta dari kelas solekan teu lambat sampai..maka tuan haji pun mula bercerita: katanya--ada satu perniagaan baru...ini..sapa yg ikut MLM sini?? (ada beberapa mengangkat tangan)..beliau tersenyum sambil menyambung kata2..ini baru ni..setakat ini cuma ada 30 org sahaja yg buat...bayaran dlm bentuk USD..kalu aku dapat ini..ganjarannya..huuu gerenti aku inda mo buat lagi kursus2 nii, cukup duit yg kudapat dari itu saja...kalu kamu mo tau banyak, bole kontek aku!!....(AIKK SAPA PULA YG BERCKP MASA HARI PERTAMA, AKU MENGAJAR BUKAN UTK DUIT????)

Sekian lah...komen dr sy ..biasa banyak buruk dari yg baik huhu..kesimpulannya di sini...itu lah..sapa pun kita ..berpangkat ka tidak...ada juga rasa tercuit di hati ..tertarik dengan MLM..duit duit duit,..huhu...

No comments: