Sunday, October 04, 2009

Your right saiz

Ramai wanita kat luar sana masih tak tau saiz bra yang sesuai dengan badan sendiri. Ada yang udah nak jadi bini orang pun masih tak pasti dalam hal begini!!Untuk kepastian, sy bagi beberapa tips untuk mengatasi kesulitan ~ mencari saiz yang sesuai~
  • Pakai bra semasa mengukur (semestinya anda kena ada pita ukur lah)

  • Ukur di sekeliling bawah payurdara. Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci. Jika ganjil, tambah 5 inci. Contohnya:

Jika ukuran badan adalah : 35"

tambah : 5" (pasal 31" kan ganjil..so tambah 5")

Maka saiz bra anda adalah : 36"

Untuk mengetahui saiz cup bra yang sesuai, apa yang perlu dilakukan adalah ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara (maksudnya kat tengah2, bahagian nipple). Lepas tue bandingkan dengan saiz bra tadi. Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A. Jika beza nya 1" bermakna saiz anda adalah B dan seterusnya.

Antara jenama yang menggunakan saiz standard (kira ngam lah) adalah Avon dan Pierre Cardin. Lepas ni jangan ada yg tak tau lagi. Ni kira paling senang nak paham! he he


No comments: