Friday, August 06, 2010

My Life is Empty Without...

Tak lah empty sangat. Hanya sekadar metafora!~..So boring, nothing to do. Just a simple thinking to sharpen my -step-by-step-trying-to-do-wat-they-so-called-blogging. Ini apa ahh?QUiz...?Soal jawap antara me and myself~~ ketara keboringan huhu

Ok bersoal jawap.."

1.Jenama handpone pilihan: Nokia

Pasal, setakat ni, ini lah yg terbaik. Bateri tahan lama, mudah diguna, even jatuh pun still solid. Paling tak digemari..CSL and iTouch..eeee bikin panas.


2. Celcom / Digi /Maxis :Semestinya Maxis

Sy uda guna semua line ni. Yg terbaik adalah maxis. Kadar murah dan berbaloi. Paling tak gemar, digi ..entah! Too much promotion can kill the brand, dis is all i can say.


3. Fastfood pilihan: KFC

Ini yg sy rasa sedap. Makan pizza..tak berbaloi, kenyang tepung ja-menurut Vivian..hehe MD D pun sedap juga..Burger King pun sedap..Mary Brown tak pasti..kerusi lawa ah.


4. Kosmetik pilihan : Maybelline
Alasan..kualiti terjamin and affordable. Nak gak Loreal tapi mahal dari ni. jadi beli yg mampu ja. bedak and eyeshadow terbaekkk punya. Banding ngan simply ct yg mahal tue..uuuuhhh baik beli Maybelline.


5. Makanan yg sy sungguh suka adalah..: Ini dia....




6. Makan ini..sambil tgk..:


Nah..complete putaran kehidupan dalam sehari. Boringggggg nya...lambat pula proses upload2 ni. aiii menambah keboringan! Jom main games di FB pulak!~

Thursday, August 05, 2010

Semasa bercinta dan Selepas kawin

Bercinta memang semuanya indah. Semasa bercinta dunia seolah milik berdua. Mmg itulah metaforanya. Tapi itu masa bercinta.




Perkara yang typikal yang terjadi semasa bercinta:
1.Sanggup berhabis kredit fon utk sms dan call.
2.Sanggup jadi tukang pegang handbag GF. woo dis is so uncool.
3.Sanggup ponteng kerja, bagi MC kalu salah satu sakit. Konon2 nak show take care...padahal bukan sakit apa pun. Bukannya kena tahan kat hospital.
3.Duit awak, duit i juga.
4.Sanggup ketepikan keluarga. Contoh situasi: x menyertai aktiviti keluarga,paling senang lah..makan malam, kalu sekali sekala tak pe ini..hari2 kuar makan malam ngan GF/BF.
5.Sanggup amik dan hantar balik kerja.
6. Jalan pimpin tangan, sayang lah katakan!~

Ini antara kesanggupan yg ketara. tapi kalu dah kawin..nah kau~berubah semuanya.


Bila sudah kawin, lebih merana kepada perempuan:
1. Lantak lah kau sendirian di rumah, baik g tgk bola kat kedai mamak
2. Bil rumah ko bayar sendiri
3. G keja, naik bas lah
4. Sakit??? k klinik sendiri ok, aku sibuk
5. Shopping?? tak ada masa nak teman
6. Pimpin tangan?? tada kaki, mata ke nak jalan sendiri...

Jd.. kalu bercinta ~ agak2 lah. ingat Tuhan, orang tua, orang sekeliling. Dunia hanya pinjaman. Kalu beringat2 tak lah jadi mcm kejadian sekarang...buang bayi ni semua.

*Pic, kredit goes to yahoo image.

Wednesday, July 28, 2010

Rambut sama hitam.. hati lain2.

Yahhhh ..sy percaya sungguh kata2 ini. Al-kesahnya..sy baru balik dari menyertai 1 kursus anjuraan kerajaan. 3H2M kat satu resort yg dulunya indah ..kini tidak seindah yg sy bayangkan. Teringat zaman dulu2, masa kanak2..sy pernah berkunjung beberapa kali ke sini..skrg tempat tu uda jadi tak indah..dengan pintu masuk..seram tak terurus...reception yg lesu,bilik penginapan..sy masi terima. Dalam erti kata lain..masih selesa. Cuma pemandangan sekeliling..astaga...buruk!! dengan pantai yg tidak diurus. Lembu berkeliaran. Resort ini umpama resort lembu. Ini bukan Mimpian jadi tapi Impian Tak Jadi.

Tapi bukan itu ceritanya...kursus ni diadakan 2 serentak. satu jahitan manik dan satu lagi solekan.

Sy p sebagai peserta kursus jahitan manik. Yg baik pasal kursus ini ( Selain dapat belajar jahit manik~) :
1. Free..tak payah bayar.
2. Sy dapat chalet yg x pyh kongsi ngan org lain.sepatutnya 1 chalet kena tinggal 4 org. Dengan katil double 2 buah, sempit tue...pasal apa sy dpt free?? pasal sy g ngan kawan2 yg x mo tinggal bermalam,alasan ada anak kecik kat umah. Kitorang register je dlm 1 bilik..last2 sy kena tinggal sorang2. Seronok!! cuma tak leh tido..pasal tv tak ada siaran yg best~

YG TAK BEST:
1. Pengurusan tak teratur = peserta datang je .. xda taklimat apa2. Ada lah dalam 2 jam kitorang longok2 kat depan lobi, tunggu sapa2 yg datang mengurus. Tanya kat reception..semua x tau.

2.Tiba2 datang si pengurus, sorang lelaki pertengahn umur..menyapa dan memberi arahan HANYA KEPADA MEREKA YG BELIAU KENAL YAKNI ORG KG-NYA.
3. Pertama kalinya, sy mengikut arahan melalui body language peserta lain sahaja, apa yg lain buat..ikut saja, pasal si pengurus x menyebarkan arahanya, hanya berkomunikasi dengan "ahli2 kroninya" sahaja.

3. Masuk bilik untuk taklimat pembukaan...SO RUDE...sambil2 berckp kat depan...mengangkat HP dengan mic di tangan, .. dia tak sedar..perbualan telifon ny sedang di-dengari oleh seluruh manusia dlm bilik tersebut... sambil tersengih2 kerang busuk berckp--aku angkat telipun ahhhh--- so un-profesional~~~

4.Beralih kepada ketua fasilitator program. Seorang haji--fuhhh ckp2nya berapi2..semangat ni mendengar~~dengan kata2 pembukaan 1Malaysia~~ dia berkata--aku mengajar ini bukan utk duit, tapi mencurah ilmu utk golongan seperti kamu--

5.Sampai giliran kursus solekan..alamak..nyah gitu..hahaha --no komen--ok ja ko nyah~~

6.Pelajaran 1 bermula..ada 2 fasi. fasi tua n fasi muda...alamak..si fasi muda tue..dingin nya muka ..mcm x mo ja mengajar..selama 7 sesi, fasi2 tue cuma singgah di meja kami sekumpulan hanya 3-8 minit ja..adalah dlm 6X.kira2 sekali setiap sesi. 1 sesi adalah bersamaan dengan 2 jam. ada 7 kumpulan, jumlah peserta adalah 36 orang. Pendek kata, fasi2 tue jarang singgah meja kitorang. itu yg sikit terkilan tue~~

7. Fasi muda lebih suka duk ngan kump tengah. entah kenapa..siap berkampung kat situ..segala2 kat situ. Seperti yg diduga..peserta terbaik dipilih dari kalangan ahli kumpulan tengah..

8. Kurang komunikasi antara fasi dan peserta, antara peserta dan peserta. Peserta yg terdiri dari golongan tukang jahit..alamak..sombong siuttt...tak mo mengajar...nahh...penuh lah kuburmu ngan manik nanti mak cik~~ bilang org..harta dunia bagi2..NAH--

9. Ada pulak peserta yg bawak cucu, famili menginap kat chalet..mentang2 free..suka2 beliau mengangkut segala penghuni rumah..amboiii~

10. Majlis penutupan..biasa ja..disebabkan peserta dari kelas solekan teu lambat sampai..maka tuan haji pun mula bercerita: katanya--ada satu perniagaan baru...ini..sapa yg ikut MLM sini?? (ada beberapa mengangkat tangan)..beliau tersenyum sambil menyambung kata2..ini baru ni..setakat ini cuma ada 30 org sahaja yg buat...bayaran dlm bentuk USD..kalu aku dapat ini..ganjarannya..huuu gerenti aku inda mo buat lagi kursus2 nii, cukup duit yg kudapat dari itu saja...kalu kamu mo tau banyak, bole kontek aku!!....(AIKK SAPA PULA YG BERCKP MASA HARI PERTAMA, AKU MENGAJAR BUKAN UTK DUIT????)

Sekian lah...komen dr sy ..biasa banyak buruk dari yg baik huhu..kesimpulannya di sini...itu lah..sapa pun kita ..berpangkat ka tidak...ada juga rasa tercuit di hati ..tertarik dengan MLM..duit duit duit,..huhu...